seismik

Kes Langgar Pelajar: Pegawai Kanan Polis Akan Didakwa Atas Tuduhan Membunuh Hari Ini

Difahamkan, suspek akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak.

Cover image via jabatan_peguam_negara (Instagram) & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kes insiden kematian seorang pelajar akibat dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati di Meru, Ipoh, Perak akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302, kanun keseksaan

Menerusi laporan Sinar Harian, Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata, suspek akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak hari ini.

Menurutnya, ia diputuskan selepas pihaknya membuat penelitian terhadap hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan.

"Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek," jelasnya.

Kenyataan Jabatan Peguam Negara

Image via jabatan_peguam_negara (Instagram)

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara merujuk kepada kes kemalangan yang berlaku Khamis lalu, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, di Ipoh membabitkan sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis dan motosikal ditunggang seorang pelajar yang maut dalam kejadian terbabit.

Kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.

Keluarga mangsa yang maut dilanggar dan diseret sejauh lebih lima meter menuntut keadilan di atas kejadian yang menimpa mangsa.



Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seorang pegawai kanan pasukannya berusia 44 tahun berhubung kes kematian berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: