seismik

Tular Rakaman CCTV Lelaki Ini Curi Pakaian Dalam Wanita Di Sebuah Rumah

Takut lah sekarang ini, semua benda nak dicuri.

Cover image via Kosmo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang lelaki bertopi keledar kini diburu selepas aksinya tular dipercayai mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Banting

Menerusi laporan Kosmo, kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 55 saat memaparkan perbuatan lelaki itu yang berseluar pendek memanjat tembok rumah tersebut sebelum melakukan jenayahnya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di rumah tersebut, lelaki terbabit kemudian dilihat telah mengambil pakaian dalam dan kasut di rumah berkenaan.

Image via Kosmo

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi dengan laporan diterima daripada seorang wanita berusia 32 tahun.

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,”
katanya.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: