seismik

Cara KPDN Melaka Banteras Kes Sorok Minyak Paket & Gula Ini Raih Pujian Ramai

Macam ini lah baru betul & rakyat suka.

Cover image via kpdnmelaka (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak akhir-akhir ini sering kali kita membaca dan mendengar rungutan segelintir pengguna yang memaklumkan minyak masak dan gula bersubsidi sukar untuk dibeli

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka tampil menyerbu beberap stor simpanan kedai runcit di Melaka setelah menerima banyak rungutan dan aduan daripada orang ramai.

Apabila semakan dibuat, mereka mendapati terdapat stok minyak peket bersama gula kasar berada di dalam stor tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok KPDN Melaka, dapat dilihat pegawai KPDN Melaka ini pada awalnya menyamar sebagai orang awam untuk membeli minyak masak paket dan juga gula bersubsidi.

Namun, peniaga kedai runcit tersebut memaklumkan minyak masak paket dan gula bersubsidi di kedai itu sudah habis.

Setelah pegawai menyerbu di belakang stor tersebut, lebih banyak barang keperluan disorokkan. KPDN Melaka turut menyatakan adalah menjadi kesalahan menyorok barangan subsidi.

Pegawai KPDN juga bertanya mengenai stok yang disorokkan lalu penjual berkata ia khas untuk restoran yang telah menempahnya lebih awal.

“Saya kata mahu beli gula. You kata takda gula. Gula mahal saja. Sekarang kat bawah kaunter you ada gula. Dekat belakang pun ada gula.

“Engkau semalam cakap sampai tiga kotak. Dekat belakang aku jumpa tujuh kotak tau.

“Maksudnya yang lama belum habis jual. Kau order yang baru?

“Kalau ikutkan ini salah. Bagitahu owner KPDN akan bawa balik minyak. Owner akan kena cas lah bawah akta kawalan bekalan, sebab lesen kita bagi itu, kita consider dia sorok barang," soalnya kepada peniaga kedai runcit tersebut.

"Terbaik, kerja untuk rakyat. Terima kasih" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 2.8M tontonan, 652K tanda suka dan 25.7K komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@kpdnmelaka

Orang menggelupoo carik minyak carik gula, kau boleh sorok ek?!!!

original sound - KPDN Melaka

Mantap KPDN Melaka, teruskan usaha membanteras jenayah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: