seismik

Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan Mulai Januari Tahun Hadapan Tidak Benar - KPDN

Difahamkan, projek rintis yang akan dilakukan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.

Cover image via Mountain View Today & BiDin HJ Gendak (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini menafikan dakwaan yang dibuat di media sosial, kononnya subsidi diesel akan dihapuskan bagi penggunaan kenderaan bermula 1 Januari 2024

Menerusi laporan Kosmo, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi satu kenyataan memaklumkan kementerian itu sebaliknya sedang melaksanakan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel yang melibatkan enam syarikat yang menerima kuota skid tank yang akan tamat tempoh pada 14 Januari 2024.

“Ia sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.

“Proses pengujian ini perlu dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem yang dibangunkan agar ia benar-benar menepati spesifikasi dan matlamat penyasaran semula subsidi diesel seperti mana dirancang.

"KPDN berharap agar tidak ada mana-mana pihak menghebahkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan boleh mengelirukan orang ramai,” kata KPDN.

Menurut KPDN lagi, sebarang pengumuman rasmi berhubung mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel akan dibuat kementerian itu dan Kementerian Kewangan, setelah sesi libat urus dan uji lari sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel dilaksanakan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: