seismik

[VIDEO] POV Gaya Perbualan Zaman Dahulu Vs Zaman Sekarang Ini Raih Perhatian Ramai

Menggamit kenangan betul ya.

Cover image via @emytakal (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi penggemar filem di zaman 70-an atau 80-an, anda pasti menyedari gaya pemakaian atau gaya perbualan bahasa Melayu baku yang digunakan berbeza berbanding masa kini

Tular sebuah video baru-baru ini di TikTok, memaparkan dua orang lelaki membuat video perbandingan orang dahulu dan orang pada masa sekarang semasa berbual,

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @emytakal, kedua-dua lelaki terbabit melakonkan watak sebagai dua rakan yang tinggal serumah.

Semasa di awal video, salah seorang daripada mereka menegur rakannya itu yang sedang mengemas rumah di ruang tamu dengan perbualan yang digunakan pada masa kini.

Namun, ketika mereka melakonkan situasi yang sama di zaman 80-an pula, gaya percakapan dan pergerakan badan berubah sepenuhnya.

Apa yang lebih menarik apabila ucapan yang diungkapkan satu persatu ditambah gelak tawa sama seperti zaman dahulu.

"Abang please buat video-video macam ini lagi. Mengimbau kenangan lama" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 5.5M tontonan, 427.6K tanda suka dan 14.3K komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

Memang semua sama macam filem zaman dahulu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: