seismik

Khairul Aming Kongsi Resepi Burger McMing RM1.99 & Nak Buka Kedai Sebelah Tol Gombak!

Selepas ini ramai-ramai support produk lokal.

Cover image via @khairulaming (X) & SAYS

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti ramai yang mengenali pempengaruh dan juga usahawan terkenal itu

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming sekali lagi mendapat tumpuan ramai apabila dia tampil dengan video resepi terbaharunya iaitu menu hidangan diberi nama ‘McMing Burger’.

Kali ini, dia telah berkongsi cara memasak menu Burger Prosperity ala-ala restoran makanan segera terkenal dunia iaitu McDonald’s yang sering menjadi rebutan ramai kerana dijual pada waktu tertentu sahaja.

“Selamat datang ke restoran McMing, ramai yang request buat video ala prosperity yang boleh kita buat dekat rumah,” katanya dalam video berkenaan.

Khairul Aming juga sempat berseloroh bahawa dia akan membuka sebuah restoran untuk menjual McMing Burger itu.

“Set McMing ini aku caj RM1.99, harga tengah promo.

“Tapi restoran tak decide lagi nak buka dekat mana. Aku buka dekat sebelah tol Gombak kot. Haa, jemputlah datang ramai-ramai opening nanti,” katanya.

"RM 1.99 lagi murah dari harga Rahmah - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 2.1M tontonan, 38K tanda suka dan 403 komen di platform X.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di platform X:

Lihat video resepi McMing di bawah:

Kalau yang dah tak sabar nak rasa burger McMing, boleh cuba masak sendiri guna resepi yang sama okay!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: