seismik

[VIDEO] Gadis Ini Dikejar Stranger Dari Plaza Rakyat Ke Bukit Bintang, Scary!

Tempat awam pun dah tak selamat sekarang ya.

Cover image via @shajyhah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai dalam kalangan rakyat yang menetap di Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam sebagai medium utama untuk ke destinasi

Tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita diikuti oleh lelaki yang tidak dikenali yang memakai baju berwarna hitam serta bertopi.

Menerusi kapsyen video tersebut, perkongsian itu hanya untuk memberi pesanan kepada para wanita supaya sentiasa berhati-hati.

"Perempuan kena alert! Ceritanya aku turun dari plaza rakyat nak pergi ke bukit bintang, lagi pun ada sahaja orang di stesen nak mengarah ke mrt kajang line tu, selepas itu bila aku masuk sahaja, aku nampak mamat ni tengah tengok maps rapid tu aku memang nampak jelas dia tengah tengok, aku fikir yang positif jer lah kan?

"Aku pun terus jalan sampai di escalator yang lurus macam di airport tu tetapi tak sangka dia kejar, aku dah start cuak, aku ni memang suka jalan laju then aku saja nak jalan laju dan tergerak hati nak pusing belakang tengok mamat tu follow rapat sangat.

Menurut wanita itu, lelaki itu turut memandangnya ketika dia berjalan di stesen Merdeka.

"Allahu aku fobia dah bila nampak lelaki yang pakai pakaian macam tu. Pesanan aku hati-hatilah perempuan yang nak keluar dekat sana tak kisahlah dengan siapa pun sebab malang tidak berbau," tulisnya.

"Semoga sentiasa dilindungi. Amalkan Al-fatihah ketika keluar rumah" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 3.3M tontonan, 192.4K tanda suka dan 1.2K komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh di bawah:

@shajyhah Sumpah trauma Perempuan kena Alert !! ceritanya aku turun plaza rakyat nak pergi bukit bintang ,lagi pon ada jer orang dkt stesen nak mengarah ke mrt kajang line tu,then bila aku masuk jer aku nampak mamat ni tengah tengkk maps rapid tu aku memang nampak jelas dia tengah tengok,aku fikir yang positif jer lah kan? aku pon terus jalan kan ada escalator yang lurus mcm dkt airport tu tak sangka dia kejar kitaorang aku dah start cuak ,aku ni memang suka jln laju then aku saja nk jalan laju kwn aku ada dkt blkg aku jarak 2 meter jer tergerak hati nak pusing belakang tengok mamat tu follow rapat jer dgn kwn aku masa tu aku dah start takut aku ckp dkt mem aku weh tgk tk org blkg dia ckp hah dia ingt kn mamat tu nk jln cpt ,bila dia pusing mamat tu mcm ke belakang dia takut terus aku heret dia ya allah laju lh mcm mana pon dia akan kejar smpai dkt stesen merdeka, masa kitaorang turun tu dia siap pandang kitoaranh TAKUTNYA aku ada weh gmbr dia pandang bila dkt stesen bukitang bintang dia tercari ii kitoarang dekat pintu atas nak ke arah Pintu C thu ii jer dia ikut pintu C juga Ya Allah aku sempat rakam vd ni then aku tunjuk dkt mydad gmbr dia mydad ckp nmpk mcm perog** lgi lh takut kan ??ada lah van polis nk bgi thu tpi polis pon tk de dkt situ takut tu jangan cerita lah Allahu aku fobia dh bila nmpk laki pkai mcm tu Pesanana aku hati ii lah perempuan yg nk keluar dkt sana tk kisah lh dgn siapa pon malang tidak berbau, nak pesan juga jaga lah adab bila bercomment kita tak kena kita tak rasa #xybca #fypsounds #fypage #fyppppppppppppppppppppppp original sound - Luna karam لونا كرم

Hati-hati ya semua, takut betul zaman sekarang ni nak pergi mana-mana pun dah tak selamat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: