seismik

Para Cikgu Sekolah Di Kelantan Gotong-Royong Bersihkan Kutu Di Kepala Anak-Anak Murid

Memang terbaik la cikgu-cikgu.

Cover image via @cikguoffroad (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membersihkan kutu kepala dan mendandan rambut anak murid bukanlah tugas hakiki seorang pendidik

Namun, guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pos Balar, Gua Musang, Kelantan sanggup melakukannya sebagai tanda kasih serta prihatin terhadap anak-anak muridnya.

Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan guru di sebuah sekolah pedalaman di Kelantan, melakukan satu aktiviti membersihkan kepala anak murid mereka.

Menurut kapsyen video tersebut, perkongsian itu hanya untuk mendedahkan apa yang dilakukan oleh tenaga pengajar di sekolah-sekolah di pedalaman yang masih ramai tidak tahu.

“Ada yang memuji dan ada juga yang mengeji, namun tugas kami bukan sahaja mendidik tetapi juga menyantuni mereka seperti anak sendiri.

“Semua guru begini, saat mereka hadir ke sekolah, itupun sudah kami berbangga kerana di sinilah segalanya bagi mereka. Maka inilah kisah kami di belantara.

“Kami tidak terkinja-kinja. Kami hanya lakukan apa yang perlu. Begitulah,”
tulisnya.

"Dapat kutu picit atas tin. Fuh, bunyi tu memang puas" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 1.9M tontonan, 70.7K tanda suka dan 3.3K komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@cikguoffroad Kebersihan sangat perlu.Aku cuma kongsi kisah guru-guru yang bukan semua orang tahu. Ada yang mengeji ada yang memuji.Namun tugas kami bukan sekadar mendidik tetapi menyantuni mereka seperti anak kami sendiri.Semua guru begini.Saat mereka hadir ke sekolah, itupun kami sudah rasa berbangga kerana di sinilah segalanya untuk mereka.Maka inilah kisah kami di belantara.Kami tidak berjoget.Kami tidak terkinja kinja.Kami hanya melakukan apa yang perlu.Begitulah. #cikgutiktok #gurupedalaman #sekolahpedalaman #muridorangasli #orangaslitemiar #cikgusekolah #sekolahkurumahku #amanahkami Sedekah - XPDC

Cikgu-cikgu ni memang sempoi habis la tolong anak-anak murid :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: