Geng Bekpes Hot FM Bakal Menentang JDT Dalam 'Friendly Match' 13 Disember Ini
Perlawanan itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita baik buat peminat bola sepak tanah air, kita bakal menyaksikan pertembungan di antara pasukan daripada radio nombor 1 Malaysia, Bekpes Hot dan juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 13 Disember akan datang
Menerusi satu perkongsian di media sosial rasmi Hot FM, JDT bakal berentap dalam satu aksi persahabatan dengan Geng Bekpes Hot.
Geng Bekpes Hot akan memperkuatkan kekuatan dengan kehadiran penyampai-penyampai radio terkenal dari segmen pagi Hot FM, Johan, Khairy Jamaluddin (KJ) dan AG, yang akan bergabung dan membarisi barisan skuad mereka.
Pertemuan yang sangat dinantikan ini akan melibatkan perlawanan antara dua entiti terkemuka di Malaysia, iaitu Hot FM sebagai radio nombor satu dan kelab bola sepak terunggul di negara ini. Aksi menarik ini telah dijadualkan berlangsung pada Rabu, 13 Disember 2023 di Stadium Sultan Ibrahim. Semangat kedua-dua pihak telah berkobar-kobar menjelang perlawanan yang berprestij ini.
Geng Bekpes Hot FM juga sedang mencari player lain yang berbakat untuk main bersama pada 13 Disember ini, jadi jangan lepaskan peluang anda.
Menjelang perlawanan antara JDT menentang Geng Bekpes Hot yang akan berlangsung tidak lama lagi, Geng Bekpes Hot mengajak orang ramai untuk turut serta dalam pasukan mereka.
Sesiapa yang mempunyai bakat dalam bidang bola sepak boleh menunjukkan skill dengan cara post video main bola anda di Instagram tetapi jangan lupa tag @hotfm976 serta @dashing_my dan yang paling penting #DashingBekpesHot.
Jadi, yang mana dah lama ada bakat terpendam dalam bidang bola sepak dah boleh serlahkan bakat anda okay.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!