seismik

Budak Autisme Tak Boleh Bercakap Dikhuatiri Hilang, Ibu Minta Bantuan Carikan Anaknya

Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu berusia enam tahun.

Cover image via Chezaiton Abd Aziz (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia enam tahun dilaporkan hilang di pangsapuri Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya sejak tengah hari kelmarin

Menerusi perkongsian ibunya di Facebook, anaknya yang bernama Zayn Rayyan masih lengkap berpakaian seragam sekolah sehingga kini masih gagal ditemui.

Ibunya juga turut berkongsi informasi terperinci bersertakan sekeping gambar anak lelakinya di media sosial.

“Assalamualaikum, minta tolong jika ada ternampak anak saya seperti dalam gambar, anak saya hilang dari tengahari tadi.

“Jika ternampak sila hubungi nombor seperti di bawah. Anak saya OKU, autisme. Dia tak boleh bercakap. Jika nampak sila pegang dia dahulu ya, terus hubungi saya, terima kasih.

"Ketinggian: 120 cm, pakaian semasa hilang: baju sekolah berkolar putih, berseluar hitam dan berkasut sekolah (sama seperti dalam gambar, lencana sekolah Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2, Petaling Jaya, Selangor (SKDD2),"
tulisnya.

Ibu mangsa turut meminta pertolongan orang ramai agar menghubungi dua nombor yang dikongsikannya itu.

"Hubungi bapa: 011-51687158 dan hubungi ibu di talian 011-33119578," tulisnya lagi.

Lihat posting di bawah:

Minta jasa semua orang sama-sama kita doakan semoga adik ini ditemui dengan selamat ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: