seismik

Wanita Ini Nyaris Maut Akibat Tercekik Berus Gigi Berukuran 20 Sentimeter

Difahamkan, dia menggunakan perkakas itu untuk mengeluarkan serpihan ayam belanda yang tersekat pada kerongkongnya.

Cover image via Kosmo & NDTV

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita di Sepanyol tertelan berus gigi selepas menggunakan perkakas tersebut untuk mengeluarkan serpihan ayam belanda yang tersekat pada kerongkongnya

Menerusi laporan NDTV, wanita dikenali sebagai Heizea itu berkata, dia tercekik ketika makan hidangan ayam belanda, kemudian dia mengambil berus gigi untuk mengeluarkan serpihan ayam belanda yang tersekat pada kerongkongnya akibat sukar bernafas, tetapi malang tidak berbau kerana berus gigi tersebut terlepas dari genggamannya.

"Ayah saya tidak dapat membantu kerana dia berkerusi roda, jadi saya terpaksa bertindak sendiri menggunakan berus gigi.

"Oleh kerana keadaan semakin teruk, saya mengambil benda pertama untuk dipegang iaitu berus gigi untuk cuba mengeluarkan cebisan makanan itu,"
katanya.

Heizea kemudian dikejarkan ke hospital, namun dia tidak merasai sebarang kesakitan selepas tertelan berus gigi itu.

Selepas diperiksa dan menjalani diagnosis selama tiga jam, pakar bedah berjaya mengeluarkan berus gigi dalam prosedur tanpa pembedahan selama 40 minit.

"Selepas saya tersedar, berus gigi itu diletakkan atas meja sisi katil dan mujurlah dapat bernafas seperti sedia kala," katanya lagi.

Image via kosmo

Seram ya tertelan berus gigi, tak boleh nak bayangkan macam mana.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: