Tular Video Wartawan China Ini Fasih Cakap Melayu - "Kalah Orang Malaysia"
Masuk bertanding debat mesti menang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini, seorang wartawan dari China Media Group (CMG) menarik perhatian ramai apabila dia dilihat fasih berbicara dalam bahasa Melayu
Liang Liang atau lebih mesra dikenali sebagai Husna tular di media sosial kerana mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih ketika membuat liputan Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China.
Menurut jelitawan itu, beliau mula mempelajari bahasa Melayu selepas menyertai program pertukaran pelajar universitinya dan Universiti Malaya selama setahun.
"Selepas saya tamat high school, saya perlu memilih jurusan dalam Universiti. Pada masa itu, terdapat beberapa pilihan di hadapan saya dan semua itu adalah bahasa asing. Jika kami memilih bahasa asing, kami perlu menjadi pelajar pertukaran di negara itu.
"Saya ketika itu sebagai pelajar muda saya berfikir jika perlu ke negara lain saya mahu memilih negara yang selamat, mempunyai pemandangan indah dan makanan sedap. Tiba-tiba ada satu jawapan terus muncul dalam otak saya iaitu Malaysia," jelasnya.
Liang Liang turut memperjelaskan mengapa namanya terdapat nama seperti orang Melayu iaitu Husna
Menurutnya, nama Husna tersebut diberi oleh pensyarah Bahasa Melayu beliau di Universiti Minzu Yunnan di Kunming.
"Pada hari pertama kami belajar Bahasa Melayu, pensyarah kami seorang Melayu yang sangat cantik, beliau memberi nama Melayu kepada kami semua dan saya diberi nama sebagai Husna.
"Sejak itu, kawan-kawan saya panggil saya Husna dan saya juga panggil kawan-kawan saya menggunakan nama Melayu mereka," jelasnya lagi.
Tambahan lagi, Liang Liang turut mendeklamasikan sebuah pantun yang beliau belajar di Universitinya.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Menurut Liang Liang atau Husna mempelajari bahasa Melayu sangat berbaloi
Baru-baru ini, Liang Liang berkongsi sebuah video di TikToknya bahawa beliau dapat menemu bual TPM Malaysia iaitu Dato' Seri Fadillah Yusof dalam bahasa Melayu ketika TPM Malaysia membuat lawatan di Beijing.
Liang Liang bertanya kepada Dato' Seri Fadillah Yusof adakah ini kali pertama beliau menerima wawancara dalam bahasa Melayu dalam lawatan kali ini.
"Sudah pasti ini adalah kali pertama, saya pun terkejut apabila mereka kata akan ada temu bual dengan rakan-rakan media tetapi dalam bahasa Melayu. Adakah ini benar," jawab Dato' Seri Fadillah Yusof.
Selain itu, Dato' Seri Fadillah Yusof juga mengaku bahawa bahasa Melayu Liang Liang lebih baik darinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!