[VIDEO] Gen Z Tak Kenal Pak Lah, Tetapi Kenal Alif Teega Ini Raih Perhatian Warganet
Hm memang parah kalau macam ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan eksperimen sosial di mana seorang TikToker melakukan temubual dengan golongan muda
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, pemuda berkenaan bertanyakan soalan kepada beberapa individu yang ditemuinya.
Seorang pemuda bertemu beberapa individu dan menanyakan soalan sambil menunjukkan dua gambar di telefon bimbitnya. Satu gambar adalah wajah pempengaruh Alif Teega, manakala yang lain ialah bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketika pemuda itu menunjukkan gambar Tun Abdullah Ahmad Badawi, hampir semua dari mereka tidak dapat mengenali atau menyebut namanya dengan tepat. Suasana menjadi tegang dengan ketidakpastian mengenai identiti figura tersebut di dalam gambar.
"Remaja sekarang tak macam remaja era 70, 80-an" - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 98.3K tontonan, 1.3K tanda suka dan 340 komen di TikTok.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!