seismik

CAP Sahkan Mainan Plastik Kanak-Kanak Mengandungi Racun & Gesa Elakkan Beri Pada Anak

Bahaya betul ya.

Cover image via Malaysia Gazette & Free Malaysia Today

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permainan merupakan antara alatan yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak khususnya untuk merangsang otak mereka

Tetapi, ibu bapa lebih gemar memilih alatan mainan plastik untuk diberikan kepada golongan kanak-kanak terutama bayi yang dalam proses tumbuh gigi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesahkan alatan mainan plastik sebenarnya mengandungi bahan kimia beracun iaitu parafin berklorin.

Bahan kimia tersebut adalah toksik yang digunakan di dalam pembuatan pelbagai jenis plastik termasuk dalam alatan mainan kanak-kanak yang boleh menyebabkan kerosakan pada hati, buah pinggang, kanser dan otak yang sedang berkembang.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim berkata, menerusi kajian yang dilakukan bersama International Pollutants Elimination Network (IPEN) mendapati alat permainan yang dibeli dari beberapa premis di Pulau Pinang juga mengandungi parafin berklorin rantai tinggi.

Menurutnya, terdapat 31 jenis alat mainan plastik yang dijadikan sampel bahan seperti kuda tiup, ayam menjerit, itik getah, anak patung dan beruang plastik.

“Hasil ujian kesemua mainan yang dikumpul itu mengandungi parafin berklorin rantai pendek (SCCP) dan tinggi (MCPP). SCCP diharamkan secara global manakala MCCP sedang dinilai bagi pengharaman global.

“Oleh itu, alatan mainan plastik yang digunakan oleh kanak-kanak, kebiasaannya dimasukkan ke dalam mulut atau sebagai bahan gigitan (teether) untuk bayi ketika proses tumbuh gigi adalah sangat toksik sehingga boleh diklasifikasikan sebagai sisa bahaya,”
 katanya.

Bahan kimia yang terdapat dalam alat mainan plastik itu berada di tahap membimbangkan

Namun, tambahnya lagi, kajian IPEN yang dijalankan turut mendapati kepekatan parafin berklorin yang berada dalam alat permainan juga sangat tinggi dan berada di tahap amat membimbangkan.

“Hasil uji kaji yang diterbitkan oleh IPEN pada Oktober lalu menyerlahkan keperluan mendesak untuk mengawal selia bahan kimia ini secara global dan merentasi kerja kawal selia.

“Tiada alat mainan yang diuji oleh IPEN dilabelkan bagi kehadiran bahan kimia toksik yang diperlukan bagi kepentingan pelabelan dan kebolehkesanan sepanjang kitaran hayat plastik,” katanya lagi.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: