seismik

Baru Sebulan Tak Balik, Wanita Ini Terkejut Jiran Jadikan Rumahnya Kebun Cili

Hati kering sahaja yang mampu jadi selfish.

Cover image via @wiwinsya (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seburuk mana pun keadaan premis atau rumah kosong yang ditinggalkan bukan bermakna tanda sesiapa sahaja boleh menceroboh sesuka hati apalagi demi kepentingan peribadi

Menerusi perkongsian @wiwinsya di platform TikTok, memaparkan tinjauannya ke rumah kosong yang dibeli olehnya sejak tahun lalu.

Ketika tiba di sana, Wiwinsya tercengang kerana berlaku hal yang mengejutkan apabila kawasan halaman rumahnya bertukar menjadi kebun cili dipercayai ditanam oleh jirannya tanpa izin.

Menurut penduduk lain, mereka sudah menasihati jiran itu supaya meminta izin terlebih dahulu kepada pemilik rumah sebelum meneruskan agenda untuk menanam cili di kawasan halaman rumah tersebut.

Namun, apa yang tidak disangkakan apabila jiran itu bertindak mengabaikan teguran penduduk lain dan berkata untuk beritahu jika bertemu dengan pemilik rumah itu di kemudian hari.

Pemilik rumah ini berkata dia amat kecewa kerana jirannya langsung tiada usaha untuk meminta izinnya kerana rumah keduanya tidaklah jauh dari situ.

"Memang tak boleh sepatutnya minta izin pemiliknya dulu" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 2.8M tontonan, 32.4K tanda suka dan 3.4K komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

Baik macam mana pun hubungan dengan jiran, nak lakukan apa pun perlu minta izin :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: