seismik

Askar Zionis Mula Mengepam Air Laut Ke Dalam Terowong Persembunyian Hamas

Difahamkan, sistem terowong ini dikatakan sejauh kira-kira 486 kilometer.

Cover image via Berita Harian & Utusan Sarawak

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tentera Zionis dilaporkan telah mula mengepam air laut ke dalam terowong bawah tanah yang didakwa digunakan oleh tentera Hamas di Gaza

Menerusi laporan Wall Street Journal,  merujuk kepada pegawai Amerika Syarikat yang memaklumkan mengenai operasi tentera Zionis, mengatakan langkah membanjiri terowong dengan air dari Laut Mediterranean adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas yang digunakan oleh Zionis untuk memusnahkan terowong-terowong berkenaan.

Namun, proses itu mungkin mengambil masa beberapa minggu kerana bermula serentak dengan pemasangan dua pam sebagai tambahan daripada lima pam yang dipasang sebelum ini dan usaha itu masih dalam peringkat awal.

Menurut WSJ, beberapa pegawai pentadbiran Joe Biden berkata, proses itu boleh membantu memusnahkan terowong di mana tentera Zionis percaya kumpulan berkenaan menyembunyikan tebusan, pejuang dan peluru.

Terdapat pihak yang bimbang jika ia mampu memberi kesan buruk terhadap alam sekitar

Bagaimanapun, pendekatan terbabit telah membimbangkan segelintir pihak kerana ia mampu memberi kesan buruk terhadap alam sekitar untuk jangka masa panjang dan implikasi lain bagi penduduk di Gaza seperti terjadinya bencana alam sekitar dan memburukkan lagi keadaan bekalan air.

Mengikut laporan WSJ, beberapa pegawai dari pentadbiran Biden menyuarakan kebimbangan dan mengatakan penggunaan air laut mungkin tidak berkesan dan boleh membahayakan bekalan air di Gaza.


Sebagai rekod, sebanyak 18,412 orang Palestin kini telah terbunuh dan 50,100 orang yang tercedera dalam serangan Zionis sejak 2 bulan lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: