seismik

[VIDEO] 4 ‘Perangai’ Mat Salleh Yang Kita Tak Perlu Ikut, Doktor Ini Jelaskan Kenapa

Semua fakta ini ada logiknya ya.

Cover image via Shutterstock & @dronnakbarali (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap masyarakat mempunyai amalan atau perangai tertentu yang mungkin kedengaran pelik dan tidak masuk akal bagi kita tetapi ia perkara biasa bagi masyarakat mereka

Baru-baru ini, seorang doktor perubatan iaitu Dr Onn Akbar Ali dari Pusat Pakar Jantung KPJ Kajang turut berkongsi sebuah video di media sosial mengenai empat perangai orang berkulit putih atau lebih lazim dipanggil Mat Salleh yang tidak patut rakyat Malaysia ikuti.

 Menurutnya, Mat Salleh tidak semestinya seseorang yang cerdik dan beliau juga tahu realit tentang itu memandangkan sudah 20 tahun tinggal di negara kulit putih.

Namun, apa yang disenaraikan oleh beliau itu telah mengejutkan orang ramai kerana di Malaysia sudah menganggapnya adalah perkara yang baik dan lebih sihat.

Telur atau telur kuning dianggap banyak kolesterol bagi mat saleh

Menurutnya, Mat Salleh takut nak makan telur atau buang bahagian kuning telur kononnya banyak kolesterol. Ini amalan membazir.

"Orang Malaysia atau bangsa kita tak perlu ikut perangai buruk Mat Salleh ini.

"Telur adalah baik untuk kesihatan. Telur banyak protein, banyak lemak berkhasiat dan banyak vitamin. Telur boleh makan sebiji, dua biji atau tiga biji pun tidak mengapa sehari. Jangan takut, jangan nak buang telur kuning," katanya.

Mat Saleh berpendapat bahawa makanan 'low fat' jika mempunyai lemak maka lemak itu akan masuk ke dalam saluran darah

Beli barangan makanan ‘low fat’ kononnya kalau ada lemak, lemak akan masuk dalam saluran darah. Istilah ‘low fat’ ini adalah penipuan dan mitos syarikat pengeluar makanan.

"Kalau nak beli yogurt dan nak cari bahan tenusu, jangan cari yang ‘low fat’. Cari yang ‘full cream’ biasa pun tak mengapa.

Sebabnya, kalau pihak industri keluarkan lemak, mereka terpaksa masukkan protein atau karbohidrat. Protein mahal dan susah nak dapat," ujarnya.

Maka, mereka akan tambahkan karbohidrat atau gula saja. Bayar mahal tetapi banyak karbohidrat dan gula. Jadi, katakan tidak pada yogurt rendah lemak.

Mat Salleh tidak suka menggunakan gigi untuk makan buah-buahan

"Mat Salleh suka malas, suka buat jus buah-buahan, tak makan buah sampai habis jadi mereka buat jus.

Ada juga Mat Salleh yang suka kisar sayur-sayuran kononnya lebih sihat, buat smoothies dan campurkan dengan susu lalu mereka minum. Ini perangai malas," katanya lagi.

Orang Malaysia gunakan saja gigi anda dan kunyah. Inilah sebenarnya amalan yang lebih sihat.

Mat Salleh gemar menggunakan ubat kumur

"Yang nombor empat ni agak kontroversi kerana mat saleh suka guna ubat kumur," ujarnya.

Bagi mereka ubat kumur kononnya boleh membersihkan 99 jenis bakteria dalam mulut serta dapat mewangikan mulut.

Untuk pengetahuan anda, tidak elok sebenarnya bunuh semua bakteria dalam mulut kerana bakteria mempunyai banyak fungsi.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kalau dah baca jangan lupa share ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: