seismik

Akibat Tak Puas Hati Lihat Cara ‘Screen Protector’ Dibuka, Pekerja Wanita Ini Ditampar

Difahamkan, insiden itu berlaku di Pagoh.

Cover image via KHI (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan pergaduhan yang berlaku di antara seorang lelaki dengan seorang pekerja wanita di sebuah kedai telefon

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, memaparkan pelanggan lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan cara pekerja wanita terbabit membuka pelindung skrin telefon bimbitnya.

Kemudian, lelaki itu cuba membukanya dengan sendiri sebelum pekerja wanita berkenaan menunjukkan cara yang betul untuk membuka screen protector itu.

Pelanggan lelaki itu meminta telefonnya semula sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita itu.

Merasakan perbuatan lelaki itu tidak sopan, pekerja wanita itu menegur secara baik dan memintanya untuk menjaga percakapan.

Tidak lama kemudian, lelaki itu mula meninggikan suara sebelum bertindak membaling sesuatu ke arah wanita berkenaan.

Apa yang lebih mengejutkan apabila dia juga turut menampar pekerja wanita itu tetapi pekerja wanita itu kemudian mula naik berang dan turut membaling barangan yang berada berdekatan dengannya ke arah pelanggan lelaki itu serta menghalaunya keluar dari kedai tersebut.

Image via KHI (Facebook)

Polis buka kertas siasatan berhubung kes pelanggan tampar pekerja kedai telefon

Menerusi laporan Kosmo, polis memaklumkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Jelas Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan tanpa senjata.

“Polis telah mengambil keterangan kedua-dua belah pihak selepas mereka membuat laporan polis di Balai Polis Muar pada semalam kira-kira pukul 1.53 petang.

“Hasil siasatan dari pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 12 Disember (semalam) pada pukul 1.10 tengah hari,” katanya.

"Respect perempuan tu terus balas balik, jangan diam" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 703K tontonan, 11K tanda suka dan 7.7K komen di Facebook.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via KHI (Facebook)
Image via KHI (Facebook)
Image via KHI (Facebook)

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: