seismik

Ini Senarai 12 Lagu #SFMM38 Yang Layak Ke AJL38, Tahniah Kepada Para Pemenang!

Sebagai rekod, AJL38 dijadualkan bakal berlangsung di stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac 2024.

Cover image via TV3MALAYSIA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

12 lagu telah dipilih di saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang bakal berentap di pentas berprestij AJL38

Senarai ini telah ditapis daripada 30 buah lagu yang berjaya menembusi SFMM38, bertanding untuk merebut tiket ke Anugerah Juara Lagu (AJL38).

Senarai 12 lagu yang berjaya melangkahkan kaki ke pentas berprestij diumumkan oleh pengacara Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38), Izzue Islam dan Fizza Frizzy sebentar tadi.

Antara lagu yang berjaya melayakkan diri ke AJL38 daripada barisan penyanyi wanita iaitu Aina Abdul, Aisha Retno, Ernie Zakri, Ziana Zain dan Marsha Milan. Manakala bagi penyanyi lelaki adalah Hael Husaini, Amir Jahari, Masdo dan Naqiu.

Tidak ketinggalan juga penyanyi duo yang layak mara ke AJL38 terdiri daripada Dato' Jamal Abdillah & Wany Hasrita, Hasif Upin & Ziana Zain dan Khair Bahar & Nabila Razali.

Keputusan ini sekaligus menunjukkan 17 lagi lagu tidak layak meneruskan saingan ke pentas paling berprestij AJL38.

Tuah turut berpihak kepada lagu Santai nyanyian asal Faizal Tahir yang dinyanyikan Naqiu apabila diumumkan sebagai Lagu Terbaik dan Lagu Pilihan Alha Alfa pada hari ketiga saingan SFMM38.

Senarai lagu yang layak mara ke pentas AJL38

Image via TV3MALAYSIA

Berikut Seismik! senaraikan lagu-lagu yang berjaya menawan hati juri dan layak ke saingan AJL38.

1. Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)
2. Bintang (Hael Husaini)
3. Sutera (Aisha Retno)
4. Hasrat (Amir Jahari)
5. Inilah Jalannya (Kugiran Masdo)
6. Darah (Marsha Milan)
7. Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain)
8. Astana (Ernie Zakri)
9. Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah)
10. Kalam (Shiha Zikir)
11. Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali)
12. Santai (Faizal Tahir)

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: