seismik

Lagu 'Jangan Mati Rasa Itu' Nyanyian Aina Abdul Raih Lagu Terbaik #SFMM38 Pusingan Pertama

Aina Abdul turut meraih anugerah Lagu Pilihan Alha Alfa di #SFMM38.

Cover image via TV3MALAYSIA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lagu 'Jangan Mati Rasa Itu' nyanyian Aina Abdul dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) pusingan pertama

Kejayaan lagu tersebut berjaya membenarkan Aina Abdul untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 pada pusingan pertama SFMM38.

Lagu berkenaan juga berjaya meraih sebagai pemenang Lagu Pilihan Alha Alfa hasil undian peminat yang turut memberikan penyanyi tersebut membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.

Aina Abdul dinobatkan sebagai pemenang Lagu Pilihan Alha Alfa.

Image via TV3MALAYSIA

Peserta yang turut bersaing pada pusingan pertama #SFMM38 termasuk Datuk Jamal Abdillah dan Ziana Zain

Antara judul lagu dan barisan artis yang bertanding di SFMM38 adalah lagu Inilah Jalannya (Masdo), Oh Wanita (Khai Bahar), Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Kaulah Syurga (Khai Bahar & Lia Aziz), Tusuk (Shiha Zikir), Hasrat (Amir Jahari), Ilusi (Marsha Milan Ft Hazama), Bahagia Milik Kita (Syamel) dan Racun (Elica Paujin Ft Dem Lepak).

Sebagai rekod, barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Image via TV3MALAYSIA

Different level Aina Abdul ni ya semua dia tapau!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: