seismik

Berkat Amalkan Doa Nabi Sulaiman, Pemuda Ini Terselamat Daripada 'Diterkam' Dengan Harimau

Nasib baik.

Cover image via Harian Metro & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pesanan guru untuk sentiasa amalkan doa Nabi Sulaiman jadi antara sebab seorang pemuda ini terselamat ketika terserempak dengan harimau

Menurut laporan Harian Metro, seorang pemuda berusia 22 tahun terselamat diserang harimau ketika dia berseorangan ke kawasan kolam memancing yang terletak di dalam ladang kelapa sawit yang tidak jauh dari rumahnya di Sungai Siput, Perak.

Muhammad Luqman Haqim Muhamad Ghazali Lim berkata dia sepatutnya pergi ke situ bersama seorang rakan yang dikenali sebagai Hakimi untuk memancing ikan haruan berikutan isterinya yang baru melahirkan anak sulung mereka, namun ketika itu Hakimi belum tiba.

Ketika berseorangan di hutan, dia ada terhidu bau seakan bau kambing jantan tetapi tidak menghiraukannya sebelum dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau.

"Saya hampir tidak pernah masuk hutan berseorangan kerana selalunya akan berteman, jadinya tadi tergerak hati saya untuk membaca doa Nabi Sulaiman. Kemudiannya, saya pun pergi berseorangan menuju kolam pancing.

"Ketika hampir tiba di kolam itu, saya melihat sekeliling sebelum dikejutkan dengan penampakan harimau terbabit yang terus mengaum, ketika itu dan betul-betul sedang memerhatikan saya, umpama kami saling bertentangan mata, ketika itu jantung bagaikan mahu 'luruh'.

"Sejurus itu, saya kembali membaca doa Nabi Sulaiman sambil mengundur langkah beberapa langkah dalam jarak 10 meter sebelum terus lari sehabis mungkin menuju sebuah kuil berhampiran untuk meminta pertolongan," katanya.

Luqman Haqim (kiri) menujukkan lokasi dia terserempak dengan harimau belang.

Image via Harian Metro

Orang awam tidak percaya ada harimau pada awalnya

Kejadian itu diberitahu kepada pengurusan kuil berkenaan, namun ia pada mulanya tidak begitu dipercayai pihak berkenaan tetapi ngauman harimau sekali lagi kedengaran dalam tempoh beberapa minit selepas itu dan disusuli dengan bunyi monyet.

"Orang di kuil yang terletak di atas kawasan berbukit itu juga nampak situasi monyet lari di samping melompat-lompat seperti ada 'sesuatu' melalui kawasan itu.

"Kemudiannya, saya ke rumah kawan saya berhampiran situ untuk meminta bantuan untuk menghubungi pihak berkuasa seperti bomba dan Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Yusoff Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan kawalan di lokasi berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: