Buat Aksi Lucah Dalam Kelas, Guru Dapat Tahu Murid Tahun 1 Tonton Video Porno Di YouTube
Kesian dekat cikgu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Guru terkejut apabila mendapat tahu murid tahun 1 di kelasnya menonton video berunsur lucah di YouTube
Menerusi hantaran oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi di Facebook, dia berkongsi sebuah perkongsian yang diterimanya daripada seorang guru.
Perkongsian itu menceritakan bagaimana seorang guru terkejut dengan anak muridnya yang ditemuni menonton video berunsur lucah di Facebook.
Perkara itu diketahui apabila murid tersebut melakukan aksi lucah di dalam kelas dan apabila diminta untuk membuat carian video apa yang ditontonnya di YouTube.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mahu bertemu pihak Google untuk berbincang dan selesaikan isu tersebut
Sululan tularnya hantaran berkenaan, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan di laman Facebook miliknya mengatakan pihak kementerian akan bertemu pihak Google.
Pertemuan yang dijangka dilakukan minggu hadapan akan membincangkan dan cuba mencari penyelesaian untuk isu terbabit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!