seismik

Legend Datuk Jamal Abdillah & Ziana Zain Turut Berentap Dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 38

30 lagu bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) yang akan berlangsung pada 15, 16 dan 17 Disember ini.

Cover image via Zicka Rahim/SAYS Seismik

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

SFMM38 bakal menyaksikan kemunculan semula bekas-bekas juara Anugerah Juara Lagu (AJL) dan para penyanyi legenda tanah air

Penerbit Eksekutif SFMM38, Sufian Che Isa mengatakan penyertaan penyanyi, penulis lirik dan komposer legenda kali ini dilihat menjadikan saingan lebih menarik dan sengit.

“30 lagu yang terpilih ke Separuh Akhir Muzik-Muzik ini mempunyai ada kepelbagaian yang menjadikan ia ‘cukup rencah’.

“Kita ada komposer baru dan lama, penyanyi baru dan lama seperti  Wany Kayrie dan Aisha Retno yang pertama kali memasuki SFMM38 dan penyanyi legenda seperti Liza Hanim, Datuk Jamal Abdillah dan Ziana Zain.

“Istimewa SFMM38 pada kali ini juga adalah setiap episod dimeriahkan persembahan penyanyi jemputan berbeza iaitu Noraniza Idris, Akim & The Majistret dan Search”, katanya.

SFMM38 bakal bersiaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang

Pertandingan tersebut akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy dan dibawakan khas oleh penaja utama Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile.

Berikut senarai lagu yang bakal berentap di SFMM38:
1.Inilah Jalannya – Masdo
2.Kalam – Shiha Zikir
3.Sutera – Aisha Retno
4. Bintang – Hael Husaini
5.Korbankan Kita – Mojo
6.Aku, Hati & Perasaan – Haqiem Rusli
7.Menyantunkan Kasih – Siti Nordiana
8.Cinta Sahabiyah – Datin Alyah
9.Sejuta Maaf – Liza Hanim
10.Astana – Ernie Zakri
11.Kaulah Syurga – Khai Bahar & Lia Aziz
12.Racun – Elica Paujin ft. Dem Lepak Boyz
13.Kucuma – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah
14.Berubah – De Fam
15.Waktu – Ziana Zain & Hasif Upin
16.Ilusi – Marsha Milan ft Hazama
17.Alah Bisa – Amira Othman ft Faizal Tahir
18.Cinta Hanya Buatan – Afieq Shazwan & Muna Shahirah
19.Budi – Kmy Kmo, Luca Sickta ft Sufian Suhaimi
10.Selagi Ku Ada – Khai Bahar & Nabila Razali
21.Oh Wanita – Khai Bahar
22.Tusuk – Shiha Zikir
23.Hasrat – Amir Jahari
24.Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
25.Bahagia Milik Kita – Syamel
26.Kamu Kamu – Wany Kayrie
27.Dua Darjat – Blacl Hanifah
28.Darah – Marsha Milan
29.Di Sebalik Rahsia – Haqiem Rusli
30.Santai – Faizal Tahir

Peminat boleh mengundi lagu kegemaran mereka melalui Undian Lagu Pilihan Alha Alfa, hanya dengan mengimbas kod QR yang tertera sepanjang tiga hari bersiaran langsung.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: