seismik

Tindakan Si Ibu Isi Kicap Dalam Syringe Buat Wanita Ini Terhibur Dengan Bekal Makanannya

Lain macam mak cik ni punya kreatif.

Cover image via @hyunyonghee (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masakan yang disediakan oleh ibu sentiasa menjadi kegemaran anak-anak bukan?

Walaupun masakan tersebut adalah simple, ianya tetap ada keistimewaannya tersendiri buat anak kerana disediakan oleh orang yang tersayang.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di laman X menunjukkan seorang wanita berkongsi bekal makanan yang disediakan ibunya tetapi ada sesuatu yang mengejutkan dan menghiburkannya.

Menerusi hantaran oleh @hyunyonghee, dia terkejut dan pelik apabila menemui syringe yang berisi cecair berwarna hitam di dalam bekal makanannya itu.

Rupa-rupanya cecair itu sebenarnya adalah kicap yang diisi ke dalam syringe oleh ibunya kerana anaknya itu perlukan kicap jika makan nasi berlauk kari.

Miliki syringe disebabkan masih ada adik kecil di rumah

Menerusi ciapan thread tersebut, wanita itu turut berkongsi perbualan bersama ibunya di Whatsapp yang mengatakan ibunya itu sebenarnya mencari plastik kecil untuk mengisi kicap dan secara tak sengaja menemui syringe tersebut.

Wanita itu turut menjelaskan bahawa ibunya bukanlah seorang jururawat tetapi adalah bekas jurubank dan rumahnya mempunyai syringe mungkin disebabkan dia masih ada adik kecil di rumah.

"Ucapkan terima kasih pada mak awak sebab bagi idea nak pack kicap tanpa tumpah" - Netizen

Susulan tularnya hantaran tersebut di platform X, ia telah meraih sehingga 623.4K views, 16K likes dan 6.5K reposts.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di platform X:

Yang ini memang bernas, tak payah risau kicap tumpah XD

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: