seismik

Keadaan Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Dilihat Teruk Menjelang Final Piala Malaysia

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil dilihat teruk selepas konsert Coldplay baru-baru ini.

Cover image via @mustakim_ismail (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia dilihat teruk sehingga mendapat perhatian orang ramai

Penularan gambar-gambar terkini keadaan padang di stadium tersebut menimbulkan perhatian ramai apabila ada yang mengecam pengurusan stadium kerana tidak dapat menguruskan keadaan padang dengan baik selepas konsert Coldplay diadakan di venue itu.

Menerusi sebuah ciapan yang tular di laman X oleh @mustakim_ismail, lelaki tersebut menunjukkan bagaimana keadaan padang yang terjejas disebabkan binaan tower speaker di konsert tersebut.

"Gila orang lain pun buat konsert kat stadium juga tak adalah teruk macam ni" - Netizen

Susulan tularnya hantaran tersebut di X, ia telah meraih sehingga 640.4K views, 4.7K likes dan 2.8K reposts.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di X:

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tampil beri kenyataan maaf berikutan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Menerusi sebuah hantaran melalui laman X @StadiumMalaysia, PSM mengeluarkan siaran media yang memaparkan sebuah kenyataan maaf berkenaan keadaan padang di Bukit Jalil itu.

Dalam kenyataan tersebut, PSM menyatakan permohonan maaf kepada penganjur Piala Malaysia dan kedua-dua pasukan yang memasuki perlawanan akhir pertandingan tersebut, Johor Darul Ta'zim FC dan Terengganu FC.

PSM turut memaklumkan bahawa pihak mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengembalikan keadaan padang dalam keadaan yang baik selepas konsert Coldplay pada 22 November lalu.

Tak sabar nak tengok rupa padang masa final nanti :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: