Dah Duduk Sebumbung 30 Tahun, Anak Baru Tahu Ibu Bapa Sebenarnya Tak Pernah Nikah
Difahamkan, pasangan berkenaan mempunyai 6 orang anak yang disyaki tidak sah taraf.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hajat untuk mendirikan rumah tangga terhalang apabila seorang wanita mendapat tahu ibu bapanya tidak pernah berkahwin walaupun mempunyai enam orang anak
Menerusi hantaran di Facebook oleh Ezzya Ezza Ezzyat, dia menceritakan bagaimana seorang wanita berusia 19 tahun mendapat berita mengejutkan ketika sedang melakukan persiapan untuk kahwin.
Ketika sampai ke bahagian wali, wanita tersebut menghubungi ibu bapanya tetapi mendapat berita yang mengejutkan di mana ibunya memberitahu bahawa mereka tidak pernah berkahwin.
Bila ditanya bagaimana anak-anak mereka mempunyai bin dan binti pada nama, mereka menjawab dahulu mudah untuk buat surat beranak.
Bakal suami buat keputusan tidak mahu meneruskan perkahwinan buatkan wanita tersebut kecewa dan terjerumus dengan penyalahgunaan dadah
Pihak pejabat agama meminta si bapa untuk buat akuan sumpah bahawa dia tidak pernah berkahwin dan mahu guna wali hakim untuk kahwinkan anaknya tetapi si bapa tolak atas alasan ia akan menjatuhkan maruahnya.
Disebabkan perkara tersebut, bakal suami membuat keputusan meninggalkan wanita berkenaan. Kecewa dengan apa yang berlaku, wanita terbabit kecewa sehingga terjerumus dengan penyalahgunaan dadah.
Bermula dari situ, wanita tersebut mula terbabit dengan gejala sosial tanpa batas menghisap dadah, pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan dan seks bebas.
Lihat hantaran tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!