seismik

Keluarga Kreatif Sambut Majlis Konvo Bawa Hantaran, Siap Ada Telur Dadar & King Crab Lagi!

Sporting betul family dia!

Cover image via @shahirafairuss (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim konvokesyen yang baru saja berlangsung baru-baru ini menunjukkan ramai graduan diraikan keluarga dan rakan dengan pelbagai cara yang kreatif

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan sebuah keluarga meraikan meraikan konvokesyen seorang graduan dengan cara yang tak disangka.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat keluarga tersebut beramai-ramai membawa hantaran seakan-akan hantaran orang berkahwin untuk graduan berkenaan.

Graduan UKM itu dilihat sangat gembira dan terhibur dengan tindakan keluarganya itu apabila dikejutkan dengan 'hantaran konvo'.

Apa yang lebih istimewa adalah antara barang-barang hantaran yang dibawa termasuklah King Crab dan telur dadar disebabkan graduan tersebut dikatakan adalah peminat seafood dan telur dadar.

"Orang keliling confuse jap hari ni majlis konvo ke majlis kahwin" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.3M views, 133.5K likes dan 4.6K shares.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video-video tersebut di bawah:

Bila lagi nak dapat hantaran macam ni kan, sporting betul family dia!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SASY Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: