seismik

Pelajar Perempuan Tingkatan 2 Ini Ditahan Polis Selepas Disyaki Buang Bayi

Difahamkan, kejadian berlaku di Bandar Baru Samariang, Kuching.

Cover image via Freepik

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelajar tingkatan dua ditahan polis selepas dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya di semak kawasan perumahan

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya mengesan dan menahan remaja perempuan berusia 14 tahun itu di kawasan Matang, pada 8 malam Rabu.

"Dia ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Video penemuan bayi berkenaan turut tular di media sosial menunjukkan bayi itu masih hidup dan bertali pusat.

Difahamkan, bayi berkenaan ditemukan di dalam beg plastik selepas penduduk mendengar tangisannya dan seorang wanita dilihat sedang memegang lalu membawa bayi itu ke sebuah kedai makan berhampiran sambil orang ramai yang prihatin bantu membersihkannya.

Image via Kosmo!

Bayi yang ditemui didapati masih hidup dan dalam keadaan sihat

Terdahulu, Ahsmon berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan bayi perempuan itu daripada orang awam sekitar 9 pagi Rabu.

Susulan itu, pihaknya menggerakkan anggota ke lokasi dan mendapati bayi berkenaan masih hidup serta dalam keadaan sihat.

"Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: