seismik

[VIDEO] Graduan Tak Dapat Tahan Sebak, Bapa Bawa Potret Arwah Ibu Ke Majlis Konvokesyen

Tak dapat bayang perasaan dia.

Cover image via @emilia_affarina (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis konvokesyen menjadi antara hari yang ditunggu-tunggu para graduan

Hari yang menandakan tamatnya pelajaran menggenngam segulung ijazah itu dirai bersama keluarga dan rakan.

Namun begitu, tidak semua dapat berkongsi perasaan itu kerana mungkin ada orang yang tersayang telah pergi terlebih dahulu.

Itulah yang dapat dilihat menerusi sebuah video yang tular di TikTok memaparkan seorang graduan tidak dapat menahan sebak apabila keluarganya membawa sesuatu untuknya.

Menerusi video tersebut, kelihatan bapa kepada graduan itu memberi sebuah kotak kepada anaknya. Sebaik sahaja graduan itu membuka kotak berkenaan, dia tidak dapat menahan sebak apabila dapat melihat potret arwah ibunya yang dibawa sekali.

"Tahniah awaknya, your mum must be very proud of you" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 208.7K views, 21.1K likes dan 237 comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video tersebut di bawah:

@emilia_affarina

Abah dan along bawa mak pergi convo adik walaupun hanya sekadar gambar. Adik harap mak bangga dengan adik

Takkan Terganti - Marcell

Semoga roh ibunya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: