Rider Bersolidariti Pakai Baju 'Tembikai', Sekali Kena Tegur Rupa-Rupanya Baju Muslimah
Kami yang lelaki ni manalah tahu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Solidariti untuk Palestin yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dilihat sangat kuat hari demi hari
Mereka berusaha sehabis baik bagi menghadirkan solidariti masing-masing dengan pelbagai cara seperti mengibarkan bendera Palestin sehinggalah memberi bantuan kewangan.
Itulah yang ditunjukkan oleh seorang rider Grab, @grab_nizam di laman TikTok miliknya. Dia dengan yakin telah menunjukkan baju yang dipakainya kepada orang ramai membawa simbol solidariti terhadap rakyat Palestin.
Namun begitu, apa yang menghiburkan adalah apabila lelaki itu berkongsi bagaimana dia ditegur oleh seorang customer perempuan memberitahu bahawa baju yang dipakainya sebenarnya baju untuk Muslimah.
"Bang aku gelak bukan dekat baju kau, aku gelak sebab kau gelak hahaha" - Netizen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!