Penyewa Dari Neraka, Rumah Alami Kerosakan Dan Dibiarkan Kotor Sampai Nak Muntah Tengok
Kembang tekak wo tulis story ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nasib malang buat sebuah keluarga apabila rumah mereka mengalami kerosakan dan dibiarkan kotor oleh penyewa
Menerusi perkongsian Abdul Latif di Facebook, lelaki itu meluahkan rasa kasihan kepada ibu bapanya apabila rumah milik mereka mendapat penyewa yang teruk.
Rumah yang berada di Taman Cempaka, Ipoh itu berada di kawasan yang strategik di mana penyewa boleh mendapat akses pelbagai kemudahan yang ada berhampiran dengan kawasan tersebut.
Niatnya untuk menjana pendapatan lebihan berubah sebaliknya apabila rumah tersebut mempunyai tunggakan sewa, bil api dan air, kos membersih dan baik pulih kerosakan mencecah RM6,000 menyamai nilai sewaan selama setahun.
Beri saranan dan peringatan kepada sesiapa yang ingin jana pendapatan melalui penyewaan rumah
Tambahnya lagi dalam hantaran itu, sesiapa yang mahu meraih pendapatan lebih melalui penyewaan rumah dinasihatkan untuk melantik real estate negotiator untuk urusan penyewaan rumah.
"Lepas ni kena letak tepi dah bab kesian kat orang lain, kita baca konon nak mudahkan urusan mereka yang sedang dalam kesulitan.
"Biarlah lebih bertegas, jangan naif sangat, nak masuk sewa rumah kena ikut law," tulis lelaki itu di laman Facebook miliknya.
Lihat gambar-gambar lain keadaan rumah berkenaan di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!