Sistem 'Tol Pantas Tanpa Palang' Dijangka Dilaksanakan Bermula 2024 - Kerajaan
Difahamkan, sistem tol ini akan menggunakan sistem Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) dan RFID.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sistem kutipan tol di lebuhraya bakal dilaksanakan menggunakan sistem Pelaksanaan Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF)
Menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyatakan pelaksanaan MLFF akan menggunakan kaedah pengecaman nombor plat kenderaan secara automatik di lebuh raya tahun depan.
Tambahnya, kajian tentang penggunaan sistem tol ini sedang dilakukan di luar negara yang menggunakan kaedah MLFF seperti digariskan di bawah Pelan Intelligent Transport System (ITS) KKR 2019-2023.
"Setakat ini ada 416 lorong Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) seluruh Malaysia. Memang (cadangan) kita hendak laksanakan MLFF dan letakkan RFID digunakan bersama automatic plate number recognition supaya ia akan lebih laju dan mengesan nombor plat kereta pengguna.
"Kita dalam proses kajian dan pada masa sama penggunaan itu secara percubaan pada 2024 kita hendak tengok keadaan sama ada ia lebih sesuai digunakan (di Malaysia)," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!