Student UiTM Ini Kejutkan Yang Lain Dengan Zikir, Tapi Guna Lenggok Mak Cik Dodoi Anak
Ini makin tidur jadinya nanti.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai seorang mahasiswa, bangun awal di pagi hari mungkin satu perkara yang biasa kerana adanya kelas pada waktu pagi
Namun begitu, kadangkala ada antara kita yang terlajak tidur sehingga lewat hadir ke kelas atau lebih teruk lagi terlepas terus satu kelas.
Perkara ini mungkin disebabkan alarm yang lupa dikunci atau rakan anda sendiri mendodoikan untuk terus tidur.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pelajar UiTM menggunakan alat pembesar suara bagi mengejutkan pelajar-pelajar yang lain untuk bangun daripada tidur.
Apa yang menghiburkan adalah pelajar itu mengejutkan mereka dengan berzikir menggunakan lenggok mak cik-mak cik dodoikan bayi.
"Cameraman dah bergegar-gegar tahan gelak ke tu" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 2M views, 253.5K likes dan 3.3K shares.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!