seismik

Graduan UniSZA Terima Berita Kematian Bapa 15 Minit Sebelum Ambil Skrol Buat Ramai Sebak

Majlis konvokesyen tersebut merupakan majlis konvokesyen ke-15 UniSZA.

Cover image via @uniszaedumy

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Terima panggilan daripada jiran di Tawau, Sabah memaklumkan bapa sudah meninggal dunia

Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), Haslina Kalang, 23 menerima panggilan daripada jirannya di Tawau, Sabah berkenaan pemergian bapanya pada jam 10.30 pagi semalam ketika dia sedang bersedia untuk mengambil skrol.

Graduan tersebut menyebutkan dia ada berasa berat hati untuk datang ke majlis konvokesyen itu kerana risau akan keadaan bapanya yang menghidap penyakit strok.

"Ayah suruh datang juga konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah.

"Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun, saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol," katanya.

Jaga ayah sepenuh masa selepas tamat belajar

Menurut anak kedua daripada lima adik-beradik itu, dia menjaga bapanya sepenuh masa selepas tamat belajar dan masih belum bekerja di mana-mana tempat.

"Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini," ujarnya.

Haslina telah ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen berkenaan.

Dalam pada itu, pihak UniSZA telah menyumbangkan wang tunai sejumlah RM2,500 kepada Haslina untuk pembelian tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah sejurus mendapat khabar pemergian bapanya itu.

Lihat video tersebut di bawah:

@uniszaedumy

Khabar duka 15 minit sebelum terima skrol Kuala Nerus: Kegembiraan seorang graduan untuk menerima skrol di majlis konvokesyen menjadi hiba apabila mendapat berita kematian bapa tercinta 15 minit sebelum naik ke pentas. Haslina Kalang, 23, menerima panggilan dari jirannya di Tawau, Sabah memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia pada jam 10.30 pagi ketika sewaktu di dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, hari ini. Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), ketika ditemui berkata dia sememangnya berat hati untuk hadir ke konvokesyen hari ini kerana risau dengan bapanya yang mempunyai sakit stroke. “Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah” “Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol”, katanya yang merupakan anak kedua dari lima beradik. Haslina berkata, selepas tamat belajar di menjaga ayahnya sepenuh masa dan belum bekerja dimana-mana tempat. “Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini” katanya. Haslina tiba di Terengganu dua hari lepas dan ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen hari ini. Sementara itu, pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah, hari ini. Haslina sepatutnya pulang esok ke kampung halaman sebaik sahaja selesai majlis konvokesyen hari ini. Salam takziah dari seluruh Warga UniSZA.

original sound - UniSZA

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: