seismik

Penonton Di Pawagam Ini Terkejut Kena Tonton Semula Filem Selepas Hampir 1 Jam Ditayangkan

Nasib baik dia sambung balik.

Cover image via @heyyojayden (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penonton di sebuah pawagam Singapura hampir terpaksa menonton semula filem ditonton mereka gara-gara ia berhenti di separuh jalan ketika ditayangkan

Menerusi video yang tular di TikTok itu, kelihatan sebuah pawagam di Singapura mengalami masalah teknikal menyebabkan kerisauan dalam kalangan penonton.

Dapat dilihat juga seorang staf pawagam itu sedang memberi penerangan kepada penonton memberitahu mungkin mereka terpaksa menonton semula filem tersebut disebabkan masalah teknikal.

Kenyataan yang diberikan itu membuatkan pengunjung di pawagam berkenaan terkejut kerana filem tersebut telah ditayangkan separuh jalan.

Namun begitu, nasib menyebelahi penonton apabila staf mendapat arahan untuk memberitahu mereka filem tersebut akan diteruskan bermula dari babak filem itu tiba-tiba berhenti.

Pengunjung yang terkesan dengan masalah teknikal tersebut juga telah diberikan tiket complimentary pass secara percuma.

"I was there and the movie just got cut out of nowhere and we sat in darkness for like 20 minutes" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.1M views, 59.3K likes dan 628 shares.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video tersebut di bawah:

@heyyojayden huge shoutout to the person that gave us the tickets #fyp #goldenvillage #fnaf #viral #bugis #tiktoksg original sound - jexjy

Budak intern manalah yang tertutup projector wayang tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: