seismik

[VIDEO] Harry Potter Bersama Penyapu Terbangnya Di Kuala Kubu Bharu Ini Curi Tumpuan Ramai

Sah Hogwarts ada dekat KKB.

Cover image via @zulhilmiweng (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kuala Kubu Bharu merupakan antara salah satu tempat menarik di Hulu Selangor menjadi destinasi orang ramai menikmati alam semula jadi

Kawasan ini mempunyai banyak lokasi yang menyajikan aktiviti outdoor yang boleh dicuba pengunjung seperti mendaki bukit, paragliding, memasuki sungai-sungai dan pelbagai lagi aktiviti menarik ada boleh dicuba.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang berpakaian seperti Harry Potter melakukan aktiviti flying fox di Kuala Kubu Bharu.

Bercakap pada SAYS, Zulhelmi Weng yang menganggap dirinya sebagai seorang 'Potterhead' sentiasa mengimpikan untuk merasa bagaimana terbang sambil menaiki penyapu terbang Nimbus 3000.

Tambah Zulhilmi, selepas memastikan tahap keselamatan dan menjalankan ujian terlebih dahulu, pihak yang menyediakan aktiviti flying fox itu bersetuju dengan permintaannya untuk melakukan aktiviti itu sambil memakai jubah Harry Potter dan membawa penyapu lidi.

Gunakan jubah konvo 8 tahun yang lalu sebagai kostum Harry Potter

Zulhilmi turut berkongsi penyapu yang dibawa sekali semasa melakukan aktiviti itu adalah buatannya sendiri menggunakan bahan-bahan yang dibeli di kedai.

Penyapu terbang itu hanya dibuat menggunakan sebuah penyapu lidi yang disambungkan dengan sebatang tongkat kayu yang panjang.

Apa yang menarik adalah dia menggunakan semula jubah konvokesyennya daripada lapan tahun lalu sebagai kostum Harry Potter semasa melakukan aktiviti flying fox tersebut.

Lihat video tersebut di bawah:

@zulhilmiweng Spent the entire weekend bonding with my trusty Nimbus 3000 “Penyapu Makcik Senah ”, gearing up for the next Quidditch tournament! Rentas Adventure, Kuala Kubu Bharu @rentas_adventures #harrypotter #harrypottertiktok #zipline #harrypotterfan #flyingfox #halloween original sound - zulhilmi_weng

Berani campur kreatif ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: