seismik

[VIDEO] Myvi Ini Buat Hal, 2 Kali Terlibat ‘Accident’ Dengan Penunggang Motosikal

Tak tahu nak marah ke nak kesian.

Cover image via ARMI MotoVlog (YouTube)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pengguna jalan raya yang menunggang motosikal, kita perlulah sentiasa peka dengan kenderaan lain di sekeliling

Walaupun kita sendiri sudah mematuhi peraturan jalan raya dan menunggang motosikal dengan cermat, kelekaan pengguna jalan raya yang lain mungkin boleh menyebabkan kita juga terkesan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di YouTube memaparkan sebuah rakaman kejadian perlanggaran antara sebuah kereta Myvi dengan penunggang motosikal.

Kejadian bukan berhenti setakat itu sahaja. Sebaik sahaja lelaki yang merakam video tersebut membantu menggerakkan motor yang dilanggar berkenaan, kereta Myvi yang sama dilihat sekali lagi terlibat dalam perlanggaran dengan motosikal.

Kereta berkenaan dilihat cuba untuk berhenti di bahu jalan tetapi secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dari belakang yang tak sempat mengelak Myvi tersebut sekaligus menghentam bahagian belakang kereta itu.

"Orang lain tak pastilah tapi rasanya Myvi tu yang salah, nak masuk kiri kanan macam tak tengok dah belakang, tepi clear ke tak" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di YouTube, ia telah meraih sehingga 22K views, 1K likes dan 235 comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di YouTube:

Lihat video tersebut di bawah:

Apalah nasib bawa motor tak buat salah tapi kena juga :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: