seismik

"Habis Sekolah Kami Terus Main Dekat Kelab, Airport, Funfair, Ekspo & Merata Lagi" - Awie

Wings akan mengadakan konsert The Rock Emperor di Stadium Malawati Shah Alam 16 Disember ini.

Cover image via SAYS & @sayap2wings (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas mengadakan konsert edisi Singapore Chapter, Wings kembali untuk edisi Kuala Lumpur Chapter

Menerusi temu bual bersama Wings hari ini, Awie berkongsi bagaimana konsert yang bakal dilangsungkan pada 16 Disember ini akan mempamerkan tema yang berbeza dengan tema konsert rock yang lain.

"Kita akan pastikan setnya memang berbeza dengan tema-tema rock yang lain, seleksi lagunya pula saya rasa kali ini kita tukar 360 darjah tukar habis semua daripada apa yang orang biasa dengar, kali ini memang yang mereka tak biasa dengar.

"Kami juga ada lagu-lagu yang akan pertama kali dimainkan dan yang jarang orang dengar atau dimainkan di radio serta kita juga akan adakan satu segmen 'Tribute to International Legend' di mana lagu-lagu yang Wings pernah 'menumpang' untuk bermain di atas pentas.

"Dan kali ini memang dan mencabar vokal sebab lagu-lagu ini 'ketinggiannya' lebih sikit daripada KLCC dan akan membawa kemudaratan kalau tak bawa betul-betul," kata Awie.

Mahu berkolaborasi dengan Boyz 11 Men dan Loudness jika diberi peluang

Ketika ditanya tentang siapakah penyanyi yang mahu Wings bekerjasama Edrie berseloroh menyebut nama kumpulan vocal harmony dari Amerika Syarikat, Boyz 11 Men.

Edrie juga menambah kumpulan rock yang menjadi pilihan jika diberi peluang untuk kolaborasi ialah Loudness, sebuah band heavy metal dari Jepun yang ditubuhkan pada 1981.

Ketika ditanya tentang pelapis industri muzik di negara pada masa ini, Awie memberikan pendapatnya tentang perkara ini.

"Sekarang ini penggemar muzik suka mendengar lagu-lagu lama manakala lagu-lagu yang baru belum dilihat menjadi lagi dan akan menjadi Insya-Allah cuma janganlah buat entertainment ini sebagai suka-suka atau hobi.

"Kalau hobi, pergi kumpul setem, tangkap rama-rama, pancing ikan sepat dekat lombong. Ini adalah kerjaya yang serius dan sebab itulah ia dipanggil industri hiburan, suatu perkara yang serius," tambah Awie.

Selain itu, penjagaan kesihatan juga diutamakan

Awie juga sempat berkongsi untuk kekalkan persembahan yang baik, kesihatan adalah perkara pertama seseorang performer perlu jaga.

"Macam kami semasa membuat persiapan untuk konsert ini, bukan kerana show ini sahaja kita pergi gym, exercise, joging tetapi jadikan ia amalan untuk sihat.

"Kesihatan dan latihan semuanya adalah keutamaan kepada sebuah band," ujar Awie.

Ketika ditanya tentang pengalaman pahit atau manis yang mereka tidak boleh lupa pula, ahli kumpulan Wings yang paling lama, Eddie hadir menjawab ringkas.

"Pengalaman pahit? Awie keluar Wings.

"Saya pernah kehilangan penyanyi, pemain dram, pemain gitar, tiga-tiga hilang, saya pula yang tak hilang-hilang," seloroh Eddie.

Awie kongsi sejarah dan perjalanan pada awal penubuhan Wings

Awie menambah berkongsi bagaimana bermulanya Wings ketika dia berikan penghargaan kepada Eddie selaku ahli yang paling lama di dalam Wings.

"Pengalaman dia (Eddie) dalam Wings ini tak terbeli, dia yang kekal bersama Wings dan dia tahu apa masalah, kesenangan dan kesusahan.

"Walaupun saya yang beri nama Wings ini, saya tubuhkan bersama Sham di sekolah ketika itu di sekolah Sri Ampang.

"Waktu itu kami baru sahaja belasan tahun, bermain di kelab malam, Wings adalah band paling muda pada tahun 1985, pada masa itu mana ada band semuda Wings.

"Kami habis sekolah terus main dekat kelab, airport, funfair, ekspo dan merata-rata lagi, keluar daripada rumah kena halau pagi-pagi buta sebab tak bayar sewa.

"Jadi itu semua sejarah yang kita dah lalui yang membentuk diri kita jadi seorang yang serius dalam pekerjaan kami, saya yakin ini adalah pekerjaan yang Allah bagi untuk kami jaga, kongsi bersama penyokong-penyokong semua," kongsi Awie.

(Atas) Dari kiri Eddie, Sham dan Black. (Bawah) Edrie dan Awie.

Image via SAYS

Jom semua, sempat lagi beli tiket ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: