seismik

Wanita Temui Lebih RM400 Juta Dimasukkan Ke Dalam Akaun Maybank Miliknya

Fuh, boleh beli 160,000 set PS5.

Cover image via Hafidzah Abdullah (LinkedIn) & businesstoday.com

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengguna Maybank terkejut apabila melihat akaun bank miliknya mempunyai lebih RM400 juta

Hafidzah Abdullah, seorang pengarah dan pengasas bersama syarikat Malaysia HR Forum, berkongsi kejadian itu di laman LinkedIn miliknya.

"Saya hargai anda jadikan pengalaman perbankan saya sesuatu yang tak dapat dilupakan, tetapi saya rasa masalah ralat ini seperti terlalu berlebihan.

"Anda fikir saya menang loteri, bukan? Tidak sebenarnya, ia hanyalah ralat!” tambahnya.

Dia menceritakan kerana kesilapan itu, pihak Maybank tampil menyekat akaunnya tanpa menghubungi, menghantar mesej atau memberitahunya terlebih dahulu menyebabkan dia terpaksa pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk mengaktifkan kembali akaunnya itu

Naib presiden eksekutif Maybank, Shaikh Munir Ahmad, meminta wanita itu untuk memberikan nombor telefonnya supaya pasukannya boleh lakukan perkara susulan

Dalam ruangan komen hantaran di LinkedIn itu, naib presiden eksekutif Maybank sendiri telah menyatakan pihak mereka akan menghubunginya supaya perkara susulan dapat dilakukan.

"Sudah tentu perkara ini akan diperiksa dan diselesaikan untuk anda," katanya.

Dalam pada itu, ada juga yang mengucapkan tahniah kepada wanita tersebut dengan menyatakan dia berjaya menjadi antara 100 orang yang terkaya di malaysia walaupun hanya untuk beberapa hari.

Menerusi laporan The Straits Times, pihak Maybank telah memberitahu bahawa masalah tersebut telah diselesaikan.

"Tiada data pelanggan telah terjejas," tambahnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: