seismik

Gadis Kongsi Jadi Satu-Satunya Pelajar Yang Daftar Subjek & Hanya Seorang Di Dalam Kelas

Tak sangka boleh daftar subjek walaupun seorang.

Cover image via @anissnasari (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pelajar universiti, pendaftaran subjek sudah menjadi rutin bagi para mahasiswa sebelum memasuki semester baru

Sesuatu yang berbeza dialami oleh seorang gadis apabila dia mendapati hanya dirinya seorang sahaja mendaftar bagi sebuah subjek untuk kursus yang diambilnya.

Menerusi sebuah hantaran oleh @anissnasari di TikTok, dia berkongsi keadaan dan pengalamannya menjadi satu-satunya pelajar di dalam sebuah kelas.

Gadis itu berkongsi bagaimana kelas yang dihadirinya banyak kerusi kosong, perlu duduk di meja paling hadapan berkongsi meja dengan pensyarah.

Dalam pada itu, dia memaklumkan penilaian pengajaran dan pembelajaran yang perlu diisi secara anonymous sudah pasti dapat diketahui siapa yang mengisinya kerana hanya dia seorang sahaja ada di dalam kelas tersebut.

"Ini kalau nak ponteng kelas pon fikir dua, tiga kali. Terpaksa beritahu lecturer, biar dia pun boleh ponteng ajar" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 590.5K views, 30.5K likes dan 421 comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat perkongsian itu di bawah:

Tak payah pening fikir pasal group assignment :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: