seismik

20 Tahun Terpisah Lamanya, Dua Rakan Sejak Zaman Kanak-Kanak Ini Disatukan Semula

Ini betul-betul kalau dah jodoh tak ke mana.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Takdir menemukan semula dua rakan di zaman kanak-kanak yang berakhir dengan penemuan jodoh sebagai suami isteri

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 1 Januari tahun lalu, iaitu hari pertama mereka bertemu semula selepas terpisah dan disatukan sebagai suami isteri pada 30 Ogos lalu.

Mahu dikenali sebagai Aida dan Shahfiq, wanita itu bersama suaminya pernah menetap di kuarters polis di Kuah, Langkawi sebagai jiran ketika zaman kanak-kanak.

"Banyak kenangan kami waktu kecil antaranya main bersama-sama dan suami juga pernah tumpang kereta untuk ke kelas kerana emak saya guru al-Quran dan Fardhu Ain.

"Keluarga kami berdua juga rapat kerana ayah kami sama-sama bertugas sebagai polis. Namun, kami terpisah selepas keluarga suami berpindah.

"Saya tak tahu mereka pindah ke mana, malah tidak bertanya mak ayah kerana ketika itu pun masih kecil,"
katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Image via Harian Metro

Mendapat notifikasi di Facebook daripada suami untuk tambah kenalan pada 2019

Menurut Aida, dia tidak pernah mempunyai rasa ingin untuk menjejaki Shahfiq walaupun lepas tamat persekolahan sehinggalah dia menerima notifikasi di Facebook untuk menambah kenalan daripada suaminya pada tahun 2019.

"Mulanya kami setakat bertukar nombor dan tanya khabar di FB saja kerana tak dapat jumpa disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

"Tapi kami ada berbincang mengenai (arah tuju) hubungan dan disebabkan itu, kami sepakat mengikat tali pertunangan pada hari pertama kami berjumpa,"
katanya.

Aida memberitahu bahawa dia dapat mengecam suaminya adalah rakan sepermainan yang terpisah kerana mengingati nama dan wajahnya yang tidak berubah.

Wanita itu turut tidak menyangka dapat bertemu jodoh dengan insan yang dikenali sejak kecil walaupun terpisah sementara, malah bersyukur apabila keluarga kedua-dua pihak sudah saling mengenali.

Image via Harian Metro

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: