Ibu Zayn Rayyan Kongsi Momen & Video Kenangan Bersama Arwah Anak Undang Sebak Warganet
Harap keluarga arwah terus diberi kekuatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kes pembunuhan adik Zayn Rayyan mengejutkan ramai pihak di samping individu yang paling terkesan akan kes tersebut sudah pasti ibunya sendiri
Ibu kepada kanak-kanak autism itu telah berkongsi sebuah video di TikTok merakamkan momen-momen manisnya bersama anaknya itu.
Menerusi kapsyen yang ditulis pada video tersebut, wanita itu menyatakan rasa bersyukur dapat mempunyai anak seperti arwah dan bangga dapat melahirkannya.
"Comelnya arwah adik Zayn. Anak syurga. Semoga pembunuh dapat ditangkap dengan segera" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 2M views, 182.9K likes dan 4.6K comments.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!