seismik

Tampil Memukau, Ernie Zakri Menang Lagu Pilihan Alha Alfa #SFMM38

Lagu Sutera nyanyian Aisha Retno pula dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di pusingan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).

Cover image via TV3 MALAYSIA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi dan komposer, Ernie Zakri tidak berjaya untuk memenangi lagu terbaik Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) pada hari kedua

Walaupun tidak memenangi lagu terbaik, penyanyi berusia 31 tahun itu berjaya memenangi kategori Lagu Pilihan Alha Alfa dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 menerusi lagu ‘Astana’.

Lagu ‘Astana’ berjaya memenangi kategori tersebut selepas meraih undian tertinggi daripada para peminat.

Image via TV3 MALAYSIA

Turut bersaing pada hari kedua ini adalah Korbankan Kita (Mojo), Kamu Kamu (Wani Kayrie), Alah Bisa (Amira Othman & Putera Muhammad), Astana (Ernie Zakri), Cinta Hanya Buatan (Afieq Shazwan & Muna Shahirah), Cinta Sahabiyah (Datin Alya), Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Sejuta Maaf (Liza Hanim), Sutera (Aisya Retno), dan Kalam (Shiha Zikir).

Barisan juri bagi SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Tak apa Ernie, boleh cuba lagi next time! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: