seismik

Fokus Nak Buat Mini Love Dekat Kamera, Canselor Sampai Panggil Graduan Lupa Ambil Skrol

Suka sangat tu.

Cover image via @fieza_momen (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim konvokesyen ini banyak ragam para graduan yang kita boleh lihat dikongsikan di media sosial

Pelbagai juga momen lucu terjadi yang sempat dirakam. Momen manis ini sudah tentu tidak dapat dilupakan. Namun, ada juga perkara yang memalukan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang graduan terlupa mengambil skrol di atas pentas selepas fokus membuat perkara lain telah mencuri tumpuan.

Menerusi video tersebut, graduan berkenaan dilihat sedang berjalan menaiki pentas untuk mengambil skrolnya.

Namun, dia kemudian membuat gaya tangan 'mini love' selepas mengambil gambar sehingga terlupa untuk mengambil skrol.

Situasi berkenaan membuatkan canselor terpaksa memanggilnya untuk mengambil skrol tersebut.

"Terlampau praktis mini love sampai lupa praktis ambil scroll" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat graduan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 38.9K views, 512 likes dan 27 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Konfiden sangat nak buat sampai lupa ambil yang penting ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: