Ditanya Lebih Minat Kereta Atau Isteri, Jawapan Pak Cik Ini Win! - "Tak Sakit Kepala"
Padulah jawapan pak cik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mengekalkan hubungan dalam rumah tangga bukanlah perkara yang mudah
Sebenarnya banyak cabaran yang anda perlu hadapi untuk mengekalkan rumah tangga yang bahagia. Pasangan juga perlu memainkan peranan dan berbincang jika ada masalah.
Zaman sekarang ini banyak kes orang yang berpoligami. Isu ini sangat sensitif terutama buat kaum wanita. Siapa saja yang sanggup berkongsi kasih sayang suami kan?
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menanyakan pasangan ini tentang isu berpoligami telah mendapat perhatian.
Pilih kereta, tak mahu pening-pening nak berpoligami
Menerusi video tersebut, kelihatan pada masa itu seorang lelaki sedang menemu ramah pasangan suami isteri di sebuah pusat beli-belah.
Dia kemudian menanyakan apakah pendapat pak cik tersebut tentang isu berpoligami yang semakin menjadi 'viral' sekarang terutama dalam kalangan influencer.
Pak cik itu kemudian menjawab dia lebih meminati kereta daripada isteri kerana sekurang-kurangnya ia tidak memeningkan kepalanya.
"Jadi bila kita poligami ni sakit kepala, lebih baik kita minat yang lain," katanya.
"Jawapan paling win. Betul lagi tepat, sama je 3 segi" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas mendengar jawapannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 57.9K likes dan 2,058 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!