Ibu Ayah Saja 'Prank' Tak Beri Hadiah Dengan Adik, Reaksi Anak Sulung Sebak Curi Tumpuan
Silent crying.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mempunyai adik-beradik sememangnya menyeronokkan
Mereka inilah tempat kita mengadu, bergaduh, bersuka ria dan sebagainya. Kalau tiada ada adik-beradik ini pasti boleh menyebabkan kita bosan kerana tiada tempat untuk bermain.
Sebagai anak sulung, sudah pastinya telah diberitahu oleh ibu dan ayah untuk menjadi contoh yang baik buat adik-adik yang lain. Ada kalanya anak sulung ini terpaksa mengalah demi adik-adik yang lain.
Situasi itu seakan seperti video di TikTok ini apabila reaksi seorang abang yang tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat hadiah daripada ibu dan ayah telah mencuri tumpuan.
Ibu ayah saja beri hadiah pada adik saja nak tengok reaksi abang
Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu keluarga berkenaan sedang berada di sebuah kedai makan.
Kemudian, si ayah memberikan hadiah pada anaknya dan menyuruh agar dia membuka. Dapat dilihat ia adalah sebuah kereta kawalan jauh. Namun, dapat diperhatikan si abang mula mengalirkan air mata kerana tidak mendapat hadiah seperti si adik.
Situasi itu membuatkan ibu dan ayah menegurnya dan kononnya memberitahu agar hadiahnya akan dibeli kemudian kerana si ayah tidak cukup duit.
Rupa-rupanya mereka saja 'mengenakan' anak sulung mereka itu untuk melihat reaksinya dan memberikan hadiah yang sama.
"Ni bukan kes anak sulung selalu kena mengalah. Ni kes selalu dapat sama tiba-tiba tak dapat. Drama air mata lah," tulisnya.
"Respect adik tu. Dia pujuk abang dia. Didikan yang hebat" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 57.7K likes dan 4,765 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!