Lelaki Indonesia Ini Beritahu Kenapa Susah Faham Bahasa Melayu - "Maksud Berbeza Sangat"
Biasalah, setiap negara kan berbeza.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap negara pasti mempunyai bahasa utama mereka sendiri
Tidak semua negara kita boleh faham bahasanya. Jadi, sebab itulah bahasa Inggeris menjadi bahasa perantaraan.
Jika di Malaysia, bahasa kita tidak kurang sedikit seakan bahasa Indonesia. Bila kita merantau ke negara mereka kita pasti akan mengerti apa yang ingin disampaikannya, cuma kadangkala saja tidak faham maksud bahasa mereka betul tak?
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang lelaki Indonesia berkongsi mengapa dia susah untuk memahami bahasa Melayu berbanding kita memahami bahasa Indonesia telah mendapat perhatian.
Jelaskan kenapa ada sedikit kesukaran nak faham bahasa Melayu
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan menjelaskan mengapa sebenarnya mereka susah nak faham bahasa kita.
Dia memberitahu orang Malaysia mungkin sudah memahami dan boleh berbicara dalam bahasa Indonesia kerana sudah didedahkan dengan sinetron dan banyak drama dari Indonesia di televisyen. Ia berbeza dengan di Indonesia yang kurang drama Malaysia di sana.
Malah, kebolehan mereka untuk memahami pertuturan bahasa Melayu juga agak sedikit struggle katanya.
"Mungkin bahasa yang kita gunakan sama tapi maknanya berbeza sangat,"katanya.
"Kita orang dari kecil dah layan dunia khayalan, dunia impian" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sewaktu berada di Indonesia.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 758.3K views, 59.6K likes dan 2,200 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!