Lihat Banyak Perbezaan, Mahasiswa Indonesia Ini Akui ‘Culture Shock’ Tinggal Di Malaysia
Setiap negara lain-lain kan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap negara mempunyai budaya mereka masing-masing
Jika kita pergi ke negara lain mungkin ia akan berbeza dengan negara kita, dari segi masyarakat, agama dan sebagainya. Kalau anda tidak biasa pasti akan merasa 'terkejut' sedikit melihatnya.
Ia sama seperti video yang dikongsikan oleh seorang pelajar Indonesia yang belajar di Malaysia ini apabila dia terkejut melihat budaya di sini.
Terkejut lihat banyak kereta dekat kawasan rumah
Menerusi video tersebut, kelihatan pemuda daripada Indonesia itu sedang berjalan untuk menuju ke sebuah tempat bersama rakannya.
Dia menceritakan bahawa jika di jalan raya Indonesia, kebanyakannya menggunakan motosikal, tetapi di Malaysia kebanyakannya menggunakan kereta.
Malah, dia juga memberitahu waktu Maghrib di Malaysia kelihatan terang jika dibandingkan waktu Maghrib di Indonesia.
"Sebab tu suka tengok content-content orang Indonesia yang merasa cukup dengan kehidupan" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan dan reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 66.7K likes dan 1,205 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!