seismik

[VIDEO] Staf Hospital Tenang Bekerja Walaupun Diganggu Entiti 'Bergerak' Setiap Malam

Takutlah tengok.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam dunia ini, bukan sahaja manusia yang ada tetapi juga mahkluk lain

Ia termasuklah mahkluk halus, walaupun kita tidak nampak mereka tetapi mereka juga ada di muka bumi ini.

Ada sebab mengapa kita tidak nampak mahkluk halus ini dengan mata kasar, kerana ia akan menakutkan kita.

Namun begitu, ramai pernah berkongsi pengalaman sama mereka mendapat gangguan daripada mahkluk halus ini. Seperti video dikongsikan seorang individu ini yang mencuri tumpuan ramai.

Image via X

Menerusi video tersebut, staf hospital berkenaan semasa itu sedang mengemas blik di sebuah wad. Dia hanya berseorangan dan tiada pesakit pada masa itu.

Apa yang lebih mendapat perhatian adalah disaat dia sedang mengemas dan melakukan kerja, tiba-tiba ada benda yang bergerak dengan sendirinya.

Situasi itu membuatkan dia terdiam, namun tetap menyambung melakukan kerja selepas itu. Malah, dia dilihat tenang dan tidak takut walaupun perkara itu dilihat depan matanya sendiri.

"Tenangnya dia. Kalau aku hantar surat resign terus" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan memuji keberaniannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 560.5K views, 3.8K repost dan 6.2K likes di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via X
Image via X
Image via X

Lihat video itu di bawah:

Dia boleh selamba je tengok macam tak ada apa berlaku.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: