seismik

Orang Ramai Mula Follow Motaz Azaiza, Satu-Satunya Wartawan Lapor ‘Live’ Keadaan Di Gaza

Berpuluh-puluh wartawan telah terbunuh sejak bermulanya konflik Palestin-Israel.

Cover image via @motaz_azaiza (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konflik antara Palestin-Israel telah mendapat perhatian seluruh masyarakat dunia

Ramai nyawa yang tidak bersalah telah terkorban akibat daripada peperangan ini. Banyak juga gambar dan video yang dikongsikan di media sosial.

Namun, antara sumber yang boleh dipercayai tentu sekali wartawan yang melaporkan di sana. Di Gaza, ramai wartawan telah terkorban semasa menyampaikan berita yang benar.

Kini di Gaza, hanya tinggal seorang saja wartawan yang melaporkan segala kejadian berlaku di Gaza secara langsung di Instagram iaitu Motaz Azaiza.

Mendapat perhatian dunia atas keberanian beliau merakam dan melaporkan kejadian sebenar di Gaza sejak 7 oktober lalu

Wartawan foto Motaz Azaiza telah melihat tragedi manusia Gaza yang tidak terkata melalui lensa kamera.

Sejak permulaan konflik berkenaan, dia telah menangkap imej keganasan dan menyampaikannya kepada pengikutnya di Instagram. Dia telah mengambil tanggungjawab untuk berkongsi gambar dan video tragis yang berlaku di negara bergolak itu.

Namun, baru-baru ini seorang individu telah berkongsi akaun Motaz Azaiza itu bakal digantung dan memberitahu akaunnya itu akan menjadi backup kepada akaun Motaz.

Difahamkan, Motaz telah menggunakan penjana kuasa untuk mengecas telefon dan peranti menjadikan ketabahannya lebih mengagumkan.

Kegigihan dan keberaniannya telah mendapat pujian dan pengiktirafan dari seluruh dunia, menjadikannya seorang pahlawan moden yang berdedikasi untuk menyuarakan perjuangan Palestin.

Malah, jumlah pengikutnya bertambah hingga 11 juta dalam masa yang singkat selepas setiap saat dia membuat laporan mengenai kejadian di Gaza.

Kami doakan semoga Motaz Azaiza selamat di sana dan terus menyampaikan perkembangan terkini di Gaza.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: